Anugerah Terindah: Ulangtahun Perkahwinan Ke -11 Tahun

Halaman

30 Julai 2017

Ulangtahun Perkahwinan Ke -11 Tahun







Salam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...terima kasih kerana sentiasa sudi berkunjung ke blog Anugerah Terindah seindah tuannya....Kita telah di satukan pada 30/07/2006 dan hari ini 30/07/2017 ulangtahun perkahwinan MD dan en.hubby yang ke-11 tahun..begitu cepat masa berlalu tak sangka kita dapat menempuhi segala rintangan dan dugaan sepanjang perkahwinan yang kita bina hingga ke hari ini...semoga ikatan yang kita bina ini berkekalan hingga ke syurga..





Walaupun usia kita terlalu jauh berbeza tapi awak sudi menerima sayang seadanya...walaupun kita menerima halangan dan keceman pada awalnya dari orang sekeliling terutama keluarga awak tapi kita hadapi berdua dengan sabar dan tenang hinggalah kita di terima seadanya..






Walaupun kita pernah di landa dugaan sehingga hampir terlerai ikatan perkahwinan yang kita bina...tapi dengan adanya sifat sabar dan tenang itu kita dapat menghalangnya daripada terlerai...begitu kuat ikatan cinta dan kasih sayang yang kita bina...Semoga ikatan cinta dan kasih sayang yang kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga...






Ya Allah berkatilah ikatan perkahwinan yang kami bina
Sesungguhya Engkaulah yang menyatukan kami berdua
Ya Allah pelihara ikatan perkahwinan yang kami bina
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih
Ya Allah jauhkan kami dari segala kejahatan 
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyayangi...




Setia Hingga Akhir Hayat....amin




3 ulasan:

dear anies berkata...

mcm br kawen je mggu lps ;-)

Unni Anje berkata...

Allamdulilah till Jannah akak..

sHaRiNa eLyaNa berkata...

Sweet lika a candy hihi

Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign